Followers

IKLAN - DOUBLE F BAKERY

hey bloggers, sila la melawat ke blog bakery
saya iaitu DOUBLE F BAKERY.
saya sedia menerima tempahan kek, cupcake
dan sebagainya terutamanya di sekitar
kawasan sungai petani mahupun dari
luar sungai petani.

jangan lupa kunjungi DOUBLE F BAKERY !!




IKLAN - CANDY BUFFET PACKAGE

anda ingin menempah candy buffet??
kami menyediakan perkhidmatan ini.
candy buffet semestinya akan menceriakan
lagi suasana event anda !!
untuk tempahan hubungi
FARIZA FAUZI di 017 3642339...
(kawasan sekitar sungai petani)
sila ke Double F Bakery untuk
mengetahui
tentang pakej.

(image dari http://nothingonyoulove.blogspot.com)

Monday, January 21, 2013

survey rumah


petang semalam asalnya aku just nak keluar lepak lepak je dengan MSR. bosan duk rumah katanya..so kami pegi la pekena rojak buah, laksa dekat belakang alamoda lagenda height.......sambil lepak, borak gossip semua..kami balik....ingat nak singgah titi semeling sebab semalam ahad banyak kenduri so dah tentu banyak pengantin buat photoshoot outdoor kan..saje nak pegi tengok pengantin sebab aku ni memang suka tengok pengantin..

masa on the way tu baru aku teringat yang aku memang nak ajak dia survey rumah so apa lagi tukar haluan la..dari nak ke titi semeling tu kami ke amanjaya...................pheww

mula mula kami ke SP Saujana ni...ni kawasan baru la....semua rumah tengah duk bangun..kawasan ni luas ++ ada security...means nak masuk sini lalu security dulu la sebab semua rumah ni duk dalam tembok dah macam tembok cina.... ada banyak jenis tapi rumah contoh yang siap cuma 2 jenis iaitu semi-d dengan teres... aku berkenan sangat sem-d double storey kat sini sebab bahagian bawah dia owesome sangat.
serius aku berkenan...aku tak ingat nama rumah semi-d tu tapi dia ada 6 bilik..
harga untuk teres, RM308,000...untuk non bimu  tu...untuk bumiputra aku lupa
harga utk semi-d, RM508,000...untuk non bumi..untuk bumiputra RM483,000



ni la rumah semi-d tu
besar tau....



ni gambar plan rumah semi-d tu...
aku suka sebab ada tanah..maklumlah rumah aku corner lot so dah biasa duk rumah ada tanah ni..
korang tengok la sndiri keluasan dia..aku nak cite aku pun tak faham sangat. hehe

seterusnya kami ke ambangan height...ada 2 buah rumah yang aku gila excited nak tengok !!
rumah tu adalah elena dan elise...nama rumah tau bukan nama orang...
2 buah rumah ni berkonsepkan rumah inggeris tau...
dia spesis bunglow lah sebab sebijik sebijik rumah dia...
tanah keliling..memang heaven la sebab kalau beli. nanti anak anak main dalam rumah so tak lah risau sangat...
harga rumah ni bagi aku murah sebab besar ++ tanah keliling dia luas...
harga untuk Elena, RM413,000 ++....
harga untuk Elise, RM498,000...
untuk elise tu hanya lot bumiputra tau!

aku dah puas google gambar rumah elena tu tapi tak jumpa..
yang ada cuma elise so korang tengok la yang elise ye...
kedua2 rumah ni lebih kurang sama cuma elise mahal sikit sebab ada setengah tingkat kat atas..
ada 1 bilik and hall kat atas...okay la!




gambar atas tu luar rumah...besar kan?
yang bawah pulak dalam rumah...
dalam dia besar..memang macam rumah mat saleh la dalam dia...
dapur dia..serius aku berkenan..harga pun okay!
tunggu nnti aku keja aku rembat 1! heheh

bila dah satle semua kami pun balik.....masa on the way nak balik tu, singgah pulak 1 lagi elani....yang semi-d double storey..yang ni okay la..aku tak berkenan sangan sebab rumah dia macam kilang...dalam rumah okay la..tapi luar rumah dia empat segi kotak kotak macam kilang..ihihih harga dia RM315,00 ajeeee...


itu saje tumah yang aku tengok semalam.....
tapi tahun lepas aku ada pegi survey rumah jugak!
yang ni memang cantik!
dekat bukit banyan..jugak kawasan baru!!
bukit banyan tu nama kawasan rumah tu..
konsep dia rumah dalam taman...
sekeliling rumah bukit..
boleh korang bayangkan betapa sejuknya kalau duk situ??
heee best kan!!

ada 2 jenis yang aku dan mr MSR berkenan gila..
mr MSR memang berkenan yang ni..
sebab bila pegi tengok yang elise dengan semi-d deka sp saujana tu dia mcm so so je sebab hati duk dekat bukit banyan ni!!
kenapa dia suka sangat? sebab rumah kat sini dibina oleh paramount prospety..so kira yakin la sebab dorang yang build up bandar laguna merbok dekat sungai petani ni...
dulu memang kami suka dekat laguna tapi dah takde rumah baru ++ kawasan tu dah penuh so dorang buka kawasan baru, bukit banyan nama dia..
tag line dorg pun dah "close up to nature"
so boleh bayangkan mesti nyaman kan? hehe


ini teres...nama dia azelia elite..ada 2 jenis teres..yg ni yg elite..
dia besar sikit..ada 5 bilik...cantik!
harga dia dalam RM300k ++ (aku tak ingat)


yang ni pulak eginea..semi-d
besar dalam dia...ada 5 bilik jugak..
tapi aku suka hall atas dengan master bedroon dia...
memang superb!!
harga dia RM400k++ (lupa harga, hahaha)


so itu saje..aku nak share tentang rumah yang kami pegi tengok semalam dan dulu ehh
sekarang simpand duit dan decide nak pilih yang mana
masalahnya aku dengan MSR dah tak sama pendapat.
aduhh
takpelah..kalau rumah dia biar lah dia decide. tapi kalau aku nak beli, dah tentu Sp Saujana! hehehe
itu saje! bye.


okay bye
xoxo



















6 comments:

Yusufrb99 said...

Family saya pun terpikat dengan Semi D kat SP Saujana. Sekali tengok tempat dan show house terus sign ambik fasa 2 (Serin 2). Harga RM500 ribu + +.
Just sharing opinion.

Unknown said...

1st time p bukit banyan terus jatuh cinta ngn enviroment kt ctu..so terus booking n alhamdulillah...

Yusufrb99 said...

Syukur, dapat bli rumah sekali lagi di S.P. Dulu pernah miliki rumah kat Taman Melati.
Kalau nak di bandingkan dgn Shah Alam tempat tinggal skrg, sudah tentu rumah ChinHinHome tu berharga sekitar RM1.5m

cikguAziah@Luvlysis said...

Salah 1 rumah Semi D tu rumah saya. Serin. Hehehehe... Tak sabar nak dpt CF. Katanya bulan 12 ni. 1st time tgok saya jatuh hati dgn bhgian bwh kt living hall & dapur tu + tingkap tinggi kt bhgian tngga tu. Tapi skg, sy asyik terpk camna nk cover tingkap tu? Rumah tu saya pgil FullHouse. Bnyk cermin2 cam citer Fullhouse. hahaha... pengaruh drama korea lebih ni.

Adikchiek said...

Saya mampu tengok je laa. Tak mampu nak beli..tapi berbaloi la beli rumah macam tu ...jika nak dibandingkan ngan harga rumah trend soho, sofo dan mcm2 ooo lagi tu...

Adikchiek said...

Rumah yg kat dlm gambar tu cantik2 belaka..harganya pun cantik2 juga... Best nye dapat beli rumah ada tanah ni..boleh lah tanam2 pokok . :-)

you're now ........