Followers

IKLAN - DOUBLE F BAKERY

hey bloggers, sila la melawat ke blog bakery
saya iaitu DOUBLE F BAKERY.
saya sedia menerima tempahan kek, cupcake
dan sebagainya terutamanya di sekitar
kawasan sungai petani mahupun dari
luar sungai petani.

jangan lupa kunjungi DOUBLE F BAKERY !!




IKLAN - CANDY BUFFET PACKAGE

anda ingin menempah candy buffet??
kami menyediakan perkhidmatan ini.
candy buffet semestinya akan menceriakan
lagi suasana event anda !!
untuk tempahan hubungi
FARIZA FAUZI di 017 3642339...
(kawasan sekitar sungai petani)
sila ke Double F Bakery untuk
mengetahui
tentang pakej.

(image dari http://nothingonyoulove.blogspot.com)

Sunday, August 18, 2013

Result Master


Hello!! Hai hai!!

Entri kali ni aku nak share result master aku untuk semester pertama.
Setelah berhempas pulas setiap hujung minggu ke kelas, setiap minggu kena submit assignment,
akhir nya aku berjaya menghabiskan semester pertama dengan cemerlang...

Alhamdulillah.
Pointer yang memang aku tak bajet lansung....
3.88 !!!! Sikit lagi je nak 4.00...maigaddd
Mak abah adik adik semua suka!!
Aku happy sangat sebab semua keluarga aku happy.  ^______^

Jadi aku tak sabar sangat nak tunggu semester baru..
Semester ke 2...
Nak lebih usaha...mana la tau kalau ade rezeki boleh dapat 4.00!!!


Babai!!

Sunday, August 4, 2013

KERJA

hai hai ................

lama benar aku tak update kan
aku cuma nak story sikit, dah nak masuk 6 bulan dah aku bekerja TETAP.....saje kasi besar besar tetap tu sebab kadang kadang mulut orang suka mengata :)

alhamdulillah.....penantian selama setahun, akhirnya aku menjadi guru tetap, guru bergred DG41.
alhamdulillah juga sebab rezeki semakin hari semakin bertambah baik. business makin okay.
dan aku bertambah bersyukur sebab aku ditempatkan hanya di Pulau Pinang. means sangat dekat dengan rumah famili aku dan juga bakal suami...ohh suka gitu...

1st posting aku yang sekarang ni la....aku ditempatkan di SMK Raja Tum Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
sekolah harian biasa. pelajar okay, rakan rakan guru okay, pentadbiran okay....senang cite, semua okay belaka !...

alhamdulillah aku takde masalah dengan pengajaran dan pembelajaransebab sebelum ni aku pernah jadi cikgu ganti selama 6 bulan..lama kan??!!!
so ada jugak faedahnya aku jadi cikgu ganti dulu....tak sempat menganggur....jadi cikgu ganti 6 bulan then awal tahun ni dah dapat posting.......alhamdulillah ....segala urusan dipermudahkan Alla SWT.

life aku sejak bekerjaya ni normal je..sebab aku stay di penang, jauh dengan famili so balik kerja, duk je la dalam rumah. susah la aku nak keluar merayap..kalau keluar sekali pun aku keluar dengan en.tunang atau keluar sendiri and kadang2 dengan member U aku. nak lepak dengan BFF, sorang lepas langkawi dan sorang lagi lepas ke sarawak.

seronok kerja sebab ada gaji..even kerja makan gaji je pun tapi alhamdulillah berbaloi bagi aku...slow slow la kita up kan...++ dengan untung business....alhamdulillah syukur sangat.
walapun takde la income sebulan sampai 5 6 7K ++++++++ tapi still berbaloi...baru kerja kan... :))







KALAU AKU KAYA



KALAU AKU KAYA
Altimet feat. Awi Rafael





Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

you're now ........